Monday, 16 September 2019

Strategi Meningkatkan Ingatan


Ramai pelajar cemerlang menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan. Teknik ini boleh digunakan untuk membantu kita mengingat kembali perkara-perkara penting yang telah dibaca. Teknik ini juga dapat melatih minda kita untuk mengingat kembali dan dapat melahirkan murid yang mampu berfikir dengan kritis dan kreatif. Strategi meningkatkan ingatan adalah bergantung kepada seseorang individu.

Terdapat dua jenis strategi yang dapat meningkatkan daya ingatan iaitu
                     I.        ingatan jangka pendek
                    II.         ingatan jangka Panjang

Ingatan Jangka Pendek
Ø  Proses simpanan dalam jangka masa yang singkat.
Ø Merujuk kepada beberapa item atau data yang disimpan dalam satu masa setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa pendek.
Ø Atkinson dan Shiffrin (1971) menyatakan bahawa maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa 15 – 30 saat.
Ø Menurut Miller (1956), orang dewasa boleh menyimpan 5 hingga 9 item dalam ingatan jangka pendek.
Ø Kadar lupaan di dalam ingatan jangka pendek adalah cepat sekiranya tidak diprktikkan melalui latihan yang berterusan.

Ø Cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan ingatan ialah melalui teknik ulangan. 

       Ingatan Jangka Panjang
Ø  Bermaksud maklumat yang disimpan sehingga hayat.
Ø  Kebanyakan maklumat disimpan dalam keadaan luar sedar dan mudra diingat semula.
Ø Proses ini berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal
   dalam ingatan.
ØPeringkat ingatan ini pula berfungsi menahan maklumat pada jangka masa yang lama  sehingga sebahagiannya kekal sepanjang hayat.
Ø Ingatan jangka panjang juga mengalami proses lupaan tetapi boleh disimpan sehingga akhir hayat dan tidak mempunyai kapasiti tertentu.


Hancoch dan Buggy (2012) menyatakan bahawa teknik mengingat yang boleh meningkatkan daya ingatan adalah seperti

Akronim
·   Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu
·   Contoh: Zaman Prasejarah (PM Naik Lori) – Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam

Akrostik
·  Merupakan teknik yang menggunakan huruf pertama dalam perkataan tetapi membentuk ayat yang menarik dan tidak boleh dilupai
· Contoh: Mak Jan Kenan Hati Burung Indigo Unik – merah, jingga , kuning, hijau, biru, indigo dan ungu

Irama dan Lagu
· Irama, pengulangan dan melodi merupakan alat bantuan yang dapat meningkatkan ingatan dalam kalangan individu yang berminat dengan irama dan melodi.
·Sebagai contoh, kita boleh menggunakan lagu “ABC” untuk membantu murid-murid mengingati urutan huruf ABC.

Lokasi

·Merupakan teknik ingatan yang menggunakan mercu tanda yang dikenal pasti secara visual
·Contoh: Mengingati laluan berasaskan mercu tanda yang                     diperhatikan sepanjang laluan

             : Mengingati tubuh badan ikan dengan                                       menggunakan model ikan

Chunking
·Teknik ini biasanya digunakan untuk mengingati nombor yang banyak dan hendak memecahkan maklumat kepada beberapa ‘potongan’.
·Contoh: 012-3456678 – 012 345 6678

Latihan Berulang
·Teknik ini ialah menggunakan latihan ulang berulangan
·Dilakukan dalam 2 keadaan iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur
·Contohnya menghafal 5 ayat dengan mengulang sebanyak 5 kali.

Kesimpulannya,strategi meningkatkan ingatan sama ada jangka pendek atau jangka panjang amat penting kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Bukan itu sahaja, strategi ini juga membantu murid-murid menjadi seorang guru yang cemerlang dan berilmu. Selain itu, semua murid harus menguasai satu strategi yang sesuai untuk diri sendiri supaya dapat meningkatkan kemahiran belajar.
         
Oleh: Eunice Eu Shin Ni

Pengurusan Masa

    Apakah itu masa? Masa merupakan benda yang tidak ternilai kerana masa tidak dapat dibeli atau dijual. Masa amat penting kepada semua orang. Jika kita membazirkan masa, masa itu tidak dapat dikembalikan. Orang yang suka membazirkan masa adalah orang yang rugi. Dengan ini, pepatah “masa itu emas” sering diungkapkan oleh cendekiawan dan orang tua. Pepatah ini bermaksud masa itu berharga dan tidak mempunyai barang yang boleh menggantinya. Pepatah ini sudah didengar dan menjadi biasa dari sejak kecil. Namun, masih terdapat masih ramai orang yang suka membazir masa dan akhirnya menyesal. Oleh itu, kita perlulah memanfaatkan masa dengan bijak melalui pengurusan masa.

   Pengurusan masa sangat membantu dalam kehidupan harian secara sistematik. Pengurusan masa adalah kemampuan seseorang dalam merancang penggunaan masa dengan perkara yang bermanfaat untuk mendatangkan keuntungan kepada kehidupan seseorang. Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan lancar. Menurut Khalid Mohamed Noor (2002), rahsia kejayaan seorang pelajar yang berpencapaian tinggi adalah mempunyai pengurusan masa dengan cekap yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dengan jayanya. Dengan ini, pengurusan masa sepatutnya dirancang dengan baik agar tidak membazirkan masa yang berharga.


    Umum mengetahui bahawa pengurusan masa yang baik adalah melalui perancangan jadual harian. Hal ini dikatakan demikian kerana jadual harian dapat membantu pelajar menjalankan aktiviti yang dirancang dengan lancar. Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan ketepatan masa dan mereka juga mampu menghasilkan tugasan yang berkualiti melalui perancangan jadual harian. Dengan ini, pelajar juga dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugasan melalui perancangan jadual harian. Sebagai contoh, pelajar merancang jadual harian dengan meluangkan masa yang secukupnya untuk diri sendiri, keluarga atau rakan-rakan. Pengurusan masa yang bijak dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan. Oleh itu, perancangan jadual harian yang sistematik dapat memanfaatkan masa dengan melakukan perkara yang afdal.


    Selain itu, pengurusan masa juga amat vital kepada setiap pelajar dan memberikan banyak manfaat kepada mereka. Kepentingan pengurusan masa kepada pelajar ialah urusan dapat disiapkan dengan lancar. Pelajar yang bijak merancang masa dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah dan tidak membazirkan masa yang berharga. Seterusnya, pelajar juga tidak akan terasa tertekan kerana kesempitan masa. Proses menyiapkan tugasan dapat dijalankan secara aman dan berkualiti dengan pengurusan masa yang bijak. Hal ini dapat mendorong para pelajar ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi dan menghapuskan sikap suka menangguh. Oleh itu, pengurusan masa yang baik dapat menjadikan seseorang tenang menghadapi cabaran seharian kerana tugasan sudah disiapkan awal. 


    Kesimpulannya, setiap orang tidak dapat hidup tanpa masa kerana masa sangat berharga kepada setiap orang. Menurut Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi, masa merupakan harta manusia yang paling berharga. Orang yang membuang masa akan mengalami kerugian kerana masa tidak dapat ulang lagi. Walaupun pengurusan masa bukan sesuatu perkara yang mudah, kita perlulah bijak mengurus masa melalui perancangan jadual. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai orang sering mengabaikan kepentingan pengurusan masa sehingga mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam kehidupan harian mereka. Kini, masyarakat sedar tentang pengurusan masa yang efektif adalah satu aspek yang dapat membawa kecemerlangan dan menentukan kejayaan seseorang serta memanfaatkan masa dengan maksima. Diharapkan semua pihak menggembleng tenaga dengan mementingkan pengurusan masa terhadap masyarakat, keluarga dan negara bagi memajukan negara.  


Oleh: Janice Chieng Zheng Ni

Sunday, 15 September 2019

Perancangan Jadual Belajar

    Pada era globalisasi ini, pelajar semakin sibuk dengan akademik mereka sehingga melupakan untuk berehat dan melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, pelajar perlulah bijak memperuntukkan masa supaya dapat diseimbangkan antara akademik dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pelajar semasa mebuat jadual waktu. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah:


  • Menentukan tujuan penyediaan jadual.
  •  Menyusun aktiviti-aktiviti mengikut keutamaan.
  • Mengagihkan waktu yang cukup untuk rehat, makan dan riadah.
  • Memperuntukkan masa untuk mengulang kaji.
  • Susun mata pelajaran yang perlu diulang kaji.
  • Pilih tempat yang selesa untuk belajar.

Terdapat pelbagai jenis jadual waktu. Antaranya ialah:



  • Jadual waktu semester (rancangan untuk aktiviti satu semester)
  • Jadual waktu mingguan (rancangan untuk aktiviti seminggu)
  • Jadual waktu harian (rancangan untuk aktiviti setiap hari)

    a)    Jadual waktu semester
     Tujuan menyediakan jadual waktu semester adalah untuk:
  •     Mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang satu semester untuk menentukan bila ada latihan sukan, tutorial, peperiksaan dan sebagainya supaya dapat membuat persediaan awal.
  •     Memperingatkan diri anda tentang tugas yang perlu dilakukan sepanjang satu semester. 
  •     Persediaan membuat perancangan dan tindakan semester anda.

    b)    Jadual waktu mingguan dan harian
     Aktiviti yang dimasukkan mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Contoh aktiviti ialah:
  •     Senaraikan mata pelajaran yang akan pelajari.
  •      Aktiviti kokurikulum yang akan jalani.
  •      Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berehat dan   lain-lain.

     Dalam proses menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini, anda dicadangkan agar mengambil kira:


  • Aktiviti yang dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelasaikan tugasan dan assignment serta menyemak nota yang baru diterima. 
  • Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok seperti membuat persediaan awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.


     Tujuannya:
  •  Membuat persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
  •  Memahami pengajaran pada hari itu.
  •  Menyelesaikan kerja kursus.
  •  Masa untuk membuat ulang kaji pelajaran yang telah dipelajari semester lepas, minggu lepas.



    c)    Manfaatkan masa lapang

Sela masa merupakan lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ia boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Antaranya ialah:



  • Semasa menunggu kenderaan.
  • Masa antara kuliah.
  • Masa rehat yang berlebihan.
            
Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa:


  • Membaca sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar atau tajuk yang akan diajar oleh pensyarah.
  • Membaca nota ringkas, formula, melihat gambar rajah dan sebagainya.
  • Berbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
  • Membaca nota yang baru diterima.

Penyediaan jadual merupakan perkara yang mudah bagi semua pelajar. Namun apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar dan rumit yang perlu dihadapi oleh pelajar. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut ialah:


  • Berniat dengan bersungguh-sungguh untuk melakukannya.
  • Keazaman dan kesungguhan yang tinggi. 
  • Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan.
  • Sentiasa berfikir kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
  • Mengingat kembali tujuan membuat jadual waktu.
  • Elakkan suka bertangguh.
  • Ingatkan semula matlamat dan tujuan anda datang dan belajar ke IPT.

Oleh: Chong Ke Yee





Strategi Meningkatkan Ingatan

Ramai pelajar cemerlang menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan. Teknik ini boleh digunakan untuk membantu kita meng...