Pada
era globalisasi ini, pelajar semakin sibuk dengan akademik mereka sehingga
melupakan untuk berehat dan melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, pelajar
perlulah bijak memperuntukkan masa supaya dapat diseimbangkan antara akademik
dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh pelajar semasa mebuat jadual waktu. Antara yang perlu
dipertimbangkan adalah:
- Menentukan tujuan penyediaan jadual.
- Menyusun aktiviti-aktiviti mengikut keutamaan.
- Mengagihkan waktu yang cukup untuk rehat, makan dan riadah.
- Memperuntukkan masa untuk mengulang kaji.
- Susun mata pelajaran yang perlu diulang kaji.
- Pilih tempat yang selesa untuk belajar.
Terdapat pelbagai jenis jadual waktu. Antaranya ialah:
- Jadual waktu semester (rancangan untuk aktiviti satu semester)
- Jadual waktu mingguan (rancangan untuk aktiviti seminggu)
- Jadual waktu harian (rancangan untuk aktiviti setiap hari)
a)
Jadual waktu semester
Tujuan menyediakan jadual waktu semester adalah untuk:
Tujuan menyediakan jadual waktu semester adalah untuk:
- Mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang satu semester untuk menentukan bila ada latihan sukan, tutorial, peperiksaan dan sebagainya supaya dapat membuat persediaan awal.
- Memperingatkan diri anda tentang tugas yang perlu dilakukan sepanjang satu semester.
- Persediaan membuat perancangan dan tindakan semester anda.
b)
Jadual waktu mingguan dan harian
Aktiviti yang dimasukkan mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Contoh aktiviti ialah:
Aktiviti yang dimasukkan mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Contoh aktiviti ialah:
- Senaraikan mata pelajaran yang akan pelajari.
- Aktiviti kokurikulum yang akan jalani.
- Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berehat
dan lain-lain.
Dalam proses menyediakan jadual waktu
mingguan dan harian ini, anda dicadangkan agar mengambil kira:
- Aktiviti yang dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelasaikan tugasan dan assignment serta menyemak nota yang baru diterima.
- Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok seperti membuat persediaan awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya:
- Membuat persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
- Memahami pengajaran pada hari itu.
- Menyelesaikan kerja kursus.
- Masa untuk membuat ulang kaji pelajaran yang telah dipelajari semester lepas, minggu lepas.
c)
Manfaatkan masa lapang
Sela masa merupakan lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ia boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Antaranya ialah:
- Semasa menunggu kenderaan.
- Masa antara kuliah.
- Masa rehat yang berlebihan.
Aktiviti yang boleh dilakukan pada
sela masa:
- Membaca sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar atau tajuk yang akan diajar oleh pensyarah.
- Membaca nota ringkas, formula, melihat gambar rajah dan sebagainya.
- Berbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
- Membaca nota yang baru diterima.
Penyediaan jadual merupakan perkara
yang mudah bagi semua pelajar. Namun apa yang selalu mendatangkan masalah
kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar
dan rumit yang perlu dihadapi oleh pelajar. Antara cara yang boleh digunakan
untuk mengatasi masalah tersebut ialah:
- Berniat dengan bersungguh-sungguh untuk melakukannya.
- Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
- Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan.
- Sentiasa berfikir kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
- Mengingat kembali tujuan membuat jadual waktu.
- Elakkan suka bertangguh.
- Ingatkan semula matlamat dan tujuan anda datang dan belajar ke IPT.
No comments:
Post a Comment