Monday, 16 September 2019

Strategi Meningkatkan Ingatan


Ramai pelajar cemerlang menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan. Teknik ini boleh digunakan untuk membantu kita mengingat kembali perkara-perkara penting yang telah dibaca. Teknik ini juga dapat melatih minda kita untuk mengingat kembali dan dapat melahirkan murid yang mampu berfikir dengan kritis dan kreatif. Strategi meningkatkan ingatan adalah bergantung kepada seseorang individu.

Terdapat dua jenis strategi yang dapat meningkatkan daya ingatan iaitu
                     I.        ingatan jangka pendek
                    II.         ingatan jangka Panjang

Ingatan Jangka Pendek
Ø  Proses simpanan dalam jangka masa yang singkat.
Ø Merujuk kepada beberapa item atau data yang disimpan dalam satu masa setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa pendek.
Ø Atkinson dan Shiffrin (1971) menyatakan bahawa maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa 15 – 30 saat.
Ø Menurut Miller (1956), orang dewasa boleh menyimpan 5 hingga 9 item dalam ingatan jangka pendek.
Ø Kadar lupaan di dalam ingatan jangka pendek adalah cepat sekiranya tidak diprktikkan melalui latihan yang berterusan.

Ø Cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan ingatan ialah melalui teknik ulangan. 

       Ingatan Jangka Panjang
Ø  Bermaksud maklumat yang disimpan sehingga hayat.
Ø  Kebanyakan maklumat disimpan dalam keadaan luar sedar dan mudra diingat semula.
Ø Proses ini berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal
   dalam ingatan.
ØPeringkat ingatan ini pula berfungsi menahan maklumat pada jangka masa yang lama  sehingga sebahagiannya kekal sepanjang hayat.
Ø Ingatan jangka panjang juga mengalami proses lupaan tetapi boleh disimpan sehingga akhir hayat dan tidak mempunyai kapasiti tertentu.


Hancoch dan Buggy (2012) menyatakan bahawa teknik mengingat yang boleh meningkatkan daya ingatan adalah seperti

Akronim
·   Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu
·   Contoh: Zaman Prasejarah (PM Naik Lori) – Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam

Akrostik
·  Merupakan teknik yang menggunakan huruf pertama dalam perkataan tetapi membentuk ayat yang menarik dan tidak boleh dilupai
· Contoh: Mak Jan Kenan Hati Burung Indigo Unik – merah, jingga , kuning, hijau, biru, indigo dan ungu

Irama dan Lagu
· Irama, pengulangan dan melodi merupakan alat bantuan yang dapat meningkatkan ingatan dalam kalangan individu yang berminat dengan irama dan melodi.
·Sebagai contoh, kita boleh menggunakan lagu “ABC” untuk membantu murid-murid mengingati urutan huruf ABC.

Lokasi

·Merupakan teknik ingatan yang menggunakan mercu tanda yang dikenal pasti secara visual
·Contoh: Mengingati laluan berasaskan mercu tanda yang                     diperhatikan sepanjang laluan

             : Mengingati tubuh badan ikan dengan                                       menggunakan model ikan

Chunking
·Teknik ini biasanya digunakan untuk mengingati nombor yang banyak dan hendak memecahkan maklumat kepada beberapa ‘potongan’.
·Contoh: 012-3456678 – 012 345 6678

Latihan Berulang
·Teknik ini ialah menggunakan latihan ulang berulangan
·Dilakukan dalam 2 keadaan iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur
·Contohnya menghafal 5 ayat dengan mengulang sebanyak 5 kali.

Kesimpulannya,strategi meningkatkan ingatan sama ada jangka pendek atau jangka panjang amat penting kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Bukan itu sahaja, strategi ini juga membantu murid-murid menjadi seorang guru yang cemerlang dan berilmu. Selain itu, semua murid harus menguasai satu strategi yang sesuai untuk diri sendiri supaya dapat meningkatkan kemahiran belajar.
         
Oleh: Eunice Eu Shin Ni

No comments:

Post a Comment

Strategi Meningkatkan Ingatan

Ramai pelajar cemerlang menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan. Teknik ini boleh digunakan untuk membantu kita meng...