Ramai
pelajar cemerlang menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya
ingatan. Teknik ini boleh digunakan untuk membantu kita mengingat kembali
perkara-perkara penting yang telah dibaca. Teknik ini juga dapat melatih minda
kita untuk mengingat kembali dan dapat melahirkan murid yang mampu berfikir
dengan kritis dan kreatif. Strategi meningkatkan ingatan adalah bergantung
kepada seseorang individu.
Terdapat dua jenis strategi yang dapat meningkatkan daya ingatan iaitu
Terdapat dua jenis strategi yang dapat meningkatkan daya ingatan iaitu
I.
ingatan
jangka pendek
II.
ingatan jangka Panjang
Ingatan Jangka Pendek
Ø Proses simpanan dalam jangka
masa yang singkat.
Ø Merujuk kepada beberapa item
atau data yang disimpan dalam satu masa setakat mana seseorang dapat memberi
penumpuan secara sedar dalam masa pendek.
Ø Atkinson dan Shiffrin (1971)
menyatakan bahawa maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang
dalam masa 15 – 30 saat.
Ø Menurut Miller (1956), orang
dewasa boleh menyimpan 5 hingga 9 item dalam ingatan jangka pendek.
Ø Kadar lupaan di dalam ingatan jangka pendek
adalah cepat sekiranya tidak diprktikkan melalui latihan yang berterusan.
Ø Cara yang boleh digunakan
untuk meningkatkan ingatan ialah melalui teknik ulangan.
Ingatan Jangka Panjang
Ø Bermaksud maklumat yang
disimpan sehingga hayat.
Ø Kebanyakan maklumat disimpan
dalam keadaan luar sedar dan mudra diingat semula.
Ø Proses ini berlaku apabila maklumat yang
tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal
dalam ingatan.
ØPeringkat ingatan ini pula berfungsi menahan
maklumat pada jangka masa yang lama sehingga sebahagiannya kekal sepanjang
hayat.
Ø Ingatan jangka panjang juga mengalami proses
lupaan tetapi boleh disimpan sehingga akhir hayat dan tidak mempunyai kapasiti
tertentu.
Hancoch
dan Buggy (2012) menyatakan bahawa teknik mengingat yang boleh meningkatkan
daya ingatan adalah seperti
Akronim
· Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu
· Contoh: Zaman Prasejarah (PM Naik Lori) – Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam
· Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu
· Contoh: Zaman Prasejarah (PM Naik Lori) – Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam
Akrostik
· Merupakan teknik yang menggunakan huruf pertama dalam perkataan tetapi membentuk ayat yang menarik dan tidak boleh dilupai
· Contoh: Mak Jan Kenan Hati Burung Indigo Unik – merah, jingga , kuning, hijau, biru, indigo dan ungu

Irama dan Lagu
· Irama, pengulangan dan melodi merupakan alat bantuan yang dapat meningkatkan ingatan dalam kalangan individu yang berminat dengan irama dan melodi.
·Sebagai contoh, kita boleh menggunakan lagu “ABC” untuk membantu murid-murid mengingati urutan huruf ABC.

Lokasi
·Merupakan teknik ingatan yang menggunakan mercu tanda yang dikenal pasti secara visual
·Contoh: Mengingati laluan berasaskan mercu tanda yang diperhatikan sepanjang laluan
: Mengingati tubuh badan ikan dengan menggunakan model ikan
Chunking
·Teknik ini biasanya digunakan untuk mengingati nombor yang banyak dan hendak memecahkan maklumat kepada beberapa ‘potongan’.
·Contoh: 012-3456678 – 012 345 6678
·Teknik ini biasanya digunakan untuk mengingati nombor yang banyak dan hendak memecahkan maklumat kepada beberapa ‘potongan’.
·Contoh: 012-3456678 – 012 345 6678
Latihan Berulang
·Teknik ini ialah menggunakan latihan ulang berulangan
·Dilakukan dalam 2 keadaan iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur
·Contohnya menghafal 5 ayat dengan mengulang sebanyak 5 kali.
·Teknik ini ialah menggunakan latihan ulang berulangan
·Dilakukan dalam 2 keadaan iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur
·Contohnya menghafal 5 ayat dengan mengulang sebanyak 5 kali.
Kesimpulannya,strategi
meningkatkan ingatan sama ada jangka pendek atau jangka panjang amat penting
kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Bukan itu sahaja, strategi ini
juga membantu murid-murid menjadi seorang guru yang cemerlang dan berilmu.
Selain itu, semua murid harus menguasai satu strategi yang sesuai untuk diri
sendiri supaya dapat meningkatkan kemahiran belajar.
Oleh: Eunice Eu Shin Ni